Wednesday, 3 July 2013

Selamat Datang Ke Briged Bestari SK Beseri

SK Beseri – Bermula pada 2 hb Julai hingga 5 hb Julai 2013, satu bengkel teknik menjawab soalan UPSR telah dijalankan oleh guru-guru matapelajaran itu sendiri.
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid SK Beseri dalam teknik menjawab soalan peperiksaan. Objektif  pelaksanaan aktiviti:
  • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR bagi setiap subjek dengan kaedah terkini.
  • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.
  • Menambah serta mempelbagaikan  teknik pengajaran di sekolah.
  • Mencari kekuatan dan kelemahan murid-murid di SKB.
Berikut adalah tentatif untuk bengkel yang diadakan di Dewan Kuliah SK Beseri :
1) Selasa : 10.40 – 2.40 (Bahasa Inggeris)
2) Rabu : 10.40 – 2.40 (Bahasa Melayu)
3) Khamis : 10.40  2.40 (Matematik)
4) Jumaat : 10.40 – 2. 40 (Sains)
Semoga dengan kesungguhan guru-guru SK Beseri, tahun ini pencapaian peratusan dalam UPSR akan lebih meningkat dengan cemerlang.